Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas terjunam di Genting Van Rhyns, sembilan penumpang maut

    JOHANNESBURG, 3 SEPT – Sebuah bas yang membawa 42 penumpang, termasuk pekerja ladang, terjunam dari genting pergunungan terpencil Afrika Selatan kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang, kata pihak berkuasa.

    Bas itu terhempas di benteng di Genting Van Rhyns kira-kira 340 kilometer di utara Cape Town pada awal petang, kata ketua komunikasi untuk jabatan mobiliti wilayah Cape Barat.

    Sembilan orang disahkan terbunuh dan 16 cedera, kata Muneera Allie kepada AFP.

    Bas tersebut membawa pekerja ladang tetapi butir-butir kematian dan kecederaan belum dapat disahkan, katanya.

    Kemalangan itu berlaku selepas insiden berdarah pada hujung minggu di jalan raya Afrika Selatan dengan lebih 20 orang terbunuh dalam beberapa nahas jalan raya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda