Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas terjunam di Peru, puluhan pelancong cedera

    LIMA, 17 SEPT – Seramai 30 pelancong, termasuk lima warga Mexico dan enam warga Itali, mengalami kecederaan serius di Peru kelmarin, apabila bas mereka terlibat dalam kemalangan ketika menuruni dari bandar kuno Inca Machu Picchu, kata polis.

    Pemandu kehilangan kawalan dan bas itu terjunam dari jalan gunung berliku-liku yang menghubungkan kubu tersebut dengan bandar pelancong Aguas Calientes, jatuh kira-kira 15 meter.

    “Seramai 30 pelancong mengalami kecederaan, mereka semua telah dibawa ke Cusco,” kata seorang pegawai polis kepada AFP.

    Selepas kemalangan itu, polis dan penduduk tempatan segera membantu pelancong untuk membawa mereka ke pusat kesihatan bandar.

    Sekurang-kurangnya 20 pelancong, termasuk warga Chile, Itali dan Guatemala, telah dimasukkan ke hospital akibat patah tulang. Dua warga Jepun dan seorang warga China juga cedera.

    Syarikat bas berkata polis telah membuka siasatan mengenai insiden tersebut.

    Machu Picchu, yang diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO, menerima kira-kira 4,500 pengunjung setiap hari.

    Bandar kuno yang dibina pada abad ke-15 oleh maharaja Inca Pachacuti itu terletak pada ketinggian 2,438 meter di Pergunungan Andes Peru. – AFP

    Seorang pelancong yang cedera dalam kemalangan bas dibawa menggunakan pengusung di luar pusat kesihatan di bandar Machu Picchu sebelum dipindahkan ke bandar Andean, Cuzco, Peru pada 16 September. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda