Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas terjunam gaung, 25 maut

    NEW DELHI, 6 JUN – Seramai 25 penumpang terbunuh selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di Uttarakhand, utara India, kelmarin.

    Bas itu membawa 30 penumpang, termasuk pemandu dan seorang pembantu, menurut laporan media tempatan.

    Bas itu dilaporkan dalam perjalanan dari Panna di Madhya Pradesh menuju ke sebuah kuil di daerah Uttarkashi, kira-kira 165 kilometer dari Dehradun, Uttarakhand.

    “Pegawai telah diarahkan untuk menyiasat nahas itu,” kata Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami di Twitter. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda