Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 21 NOV — Sebuah bas penumpang di Kemboja terbabas dari sebuah jambatan dan terjunam ke sungai hingga mengorbankan kira-kira 16 penumpang dan mencederakan puluhan yang lain, kata pihak polis.

    Bas itu dalam perjalanan dari Siem Reap, yang menempatkan kompleks kuil terkenal Angkor Wat, menuju ibu negara Phnom Penh apabila ia terjunam awal pagi kelmarin di wilayah tengah Kampung Thom, menurut timbalan ketua polis kawasan itu, Siv Sovanna, menerusi panggilan telefon kepada The Associated Press.

    Menurutnya, jumlah korban hari ini meningkat daripada 13 kepada 16 selepas pasukan penyelamat menamatkan operasi mencari semalam.

    Siasatan awal mendapati pemandu berkemungkinan mengantuk selepas berlepas pada waktu malam dari Siem Reap, bagi perjalanan yang biasanya mengambil masa sekitar lima jam setengah, kata Siv Sovanna.

    Beliau tidak menyatakan sama ada pemandu termasuk dalam senarai mangsa yang terkorban.

    Difahamkan terdapat kira-kira 40 penumpang menaiki bas tersebut. Semua yang berada di dalam bas adalah rakyat Kemboja, menurut polis. – AP

    Gambar fail 2 Ogos 2024 menunjukkan pelancong berada di kuil terkenal Angkor Wat, wilayah Siem Reap Kemboja. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda