Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas unik umpama limousin

    DUBAI, 2011 – Satu kumpulan pereka Belanda dari Universiti Delft TU termasuk bekas angkasawan negara itu, Wubbo Ockels berjaya mencipta bas unik yang benrilai AS$18.75 juta, lapor sebuah akhbar.

    Bas unik itu umpama limousin tetapi ia mempunyai enam tayar dan boleh membawa 23 penumpang manakala panjang kenderaan tersebut adalah 4.57 meter.

    Kenderaan tersebut boleh bergerak selaju 255 kilometer sejam, mempunyai 12 pintu, dijana dengan satu motor elektrik dan bateri litium polimer.

    Bentuk luaran kenderaan itu yang aerodinamik membantu ia menggunakan bahan bakar secara lebih efisien.

    Ketua jurutera reka bentuk bas itu ialah Antonia Terzi yang pernah bekerja dengan pasukan kereta lumba Formula Satu, BMW Williams.

    Projek pembinaan bas itu mengambil masa selama tujuh tahun yang bermula pada 2004.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda