WINNSBORO – Para pelajar yang bergelut untuk menda-patkan akses jalur lebar di kawasan perkampungan di Selatan Carolina minggu lalu lega dengan kedatangan enam buah bas yang dilengkapi dengan kemudahan WiFi, dengan negara tersebut telah menyediakan beberapa ratus bas sejak persekolahan ditutup disebabkan oleh koronavirus.
Dengan WiFi router dipasang di dalam bas-bas tersebut menyiarkan jalur lebar yang mencukupi di kawasan letak kereta yang mempunyai saiz yang kecil untuk ibu bapa dan anak-anak mengakses masuk ke dalam Internet dari dalam kereta mereka. Salah sebuah bas yang ditempatkan di luar kompleks apartmen Lacheyle Moore, telah mengehadkan penggunaannya untuk memberikan data yang mencukupi di pelan telefon bimbit untuk anaknya membuat kerja sekolah.
“Saya terpaksa memasukkan data tambahan dalam telefon bimbit untuk memastikan anak saya dapat menyelesaikan serta memudahkan kerjanya,” kata Moore, yang bekerja sebagai jurujual dan menukar jadualnya untuk membantu memantau dua orang anaknya.
Pandemik yang telah menyebabkan pelbagai kesukaran dan tidak diduga dengan pembelajaran dari jarak jauh telah memberi beban kepada kanak-kanak sekolah yang ketinggalan dengan dunia digital.
Sekolah di desa dan kerajaan kini berlumba-lumba untuk memberikan berjuta-juta penuntut AS yang tidak mempunyai kemudahan Internet di rumah untuk memberi peluang kepada mereka.
Di seluruh negara, hampir tiga juta orang pelajar membuat kerja tanpa mempunyai Internet di rumah kerana kos perkhidmatan yang tinggi dan jurang dalam ketersediaannya. Pelajar-pelajar tersebut berkemungkinan dari pelajar berlainan warna kulit, dari keluarga yang berpendapatan rendah atau isi rumah yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan rendah.
Negeri yang mempunyai daerah sekolah terbesar, termasuk Los Angeles dan New York, menghabiskan berjuta-juta dolar untuk memberikan peralatan dan sambungan Internet untuk pelajar-pelajar. Daerah yang lebih kecil sedang mencari jalan untuk menggalakkan Internet tanpa wayar di tempat letak kereta di sekolah dan mengongsikan jalur lebar yang terhad. Tetapi, yang lain masih menggunakan kertas tugasan dan buku kerana isu ekuiti digital adalah terlalu banyak hendak dilakukan.
“Apa yang kita saksikan adalah jurang pencapaian yang semakin luas, jadi anak-anak dari daerah yang cukup pembiayaan akan dengan serta-merta dapat mengimbangi strategi pembelajaran dalam talian, kerana infrastruktur sudah disediakan,” kata Maura Mclnerney, ketua undang-undang dari Pusat Pendidikan Undang-undang, yang menyokong pelajar yang malang. “Dari sudut lain, dearah yang kurang pembiayaan, yang tidak mempunyai sumber dan anak-anak mereka tidak mempunyai kemudahan akses Chromebooks, sebagai contoh, berebut untuk menangani keperluan pendidikan pelajar.
Di Fairfield County, Selatan Carolina, 51 peratus dari penghuni isi rumah tidak mempunyai akses Internet, menurut analisa banci data dari Associated Press. Di seluruh negara, dianggarkan 18 peratus pelajar AS tidak mempunyai kemudahan Internet di rumah.
“Kebanyakan ibu bapa tidak mempunyai kelengkapan untuk menjadi ibu bapa sekolah di rumah,” kata J.R Green, superintenden sekolah.
Di seluruh Selatan Carolina, beratus-ratus buah bas diperlukan oleh sekolah di daerah dalam program yang menyasarkan mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan kawasan kampung, kata jurucakap pendidikan negeri, Ryan Brown. Negara tersebut telah bersedia untuk melengkapi beribu-ribu bas, tetapi Brown berkata pembekal perkhidmatan menawarkan kos rendah dan pelan perkhidmatan percuma meredakan permintaan.
Philadelphia School District sebelum ini melarang pembelajaran dalam talian semasa pe-rintah berkurung. Hanya kira-kira setengah pelajar-pelajar sekolah tinggi di daerah mempunyai komputer riba atau tablet dan perkhidmatan Internet di rumah. Dengan sekolah-sekolah kelihatan akan ditutup untuk tempoh yang lebih panjang dari yang dijangkakan, pelan dearah tersebut untuk membeli 50,000 buah Chromebooks dan memulakan pembelajaran dalam talian mulai pertengahan April.
Comcast, yang berpangkalan di bandar, telah meningkatkan kelajuan pelan ‘Keperluan Internet’ bernilai AS$10 sebulan untuk keluarga-keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah dan menawarkan dua bulan perkhidmatan percuma kepada pelanggan baharu.
“Kami mempunyai (pelan) internet bernilai AS$10, ia bukan untuk pembelajaran, kerana ia terlalu perlahan. Jika kita mahukan sesuatu untuk kelas Google, kita akan memerlukan, saya rasa, internet yang biasa, yang mana saya tidak mampu,” Cecelia Thompson, 54, berkata awal bulan ini. Thompson, yang tidak boleh bekerja kerana isu kesihatan, tinggal bersama anaknya yang berusia 21 tahun, seorang pelajar yang mempunyai autism yang teruk yang belajar di sekolah tinggi Martin Luther King.
Beberapa daerah berharap menerima pertolongan dari kerajaan kesatuan.
Mike Looney, superintenden dari sekolah Fulton County di Georgia, berkata ibu bapa akan mengambil kesempatan tawaran untuk mengurangkan kos internet dari pembekal perkhidmatan. Tetapi dia ingin melihat Pesuruhjaya Kesatuan Komunikasi untuk menggunakan wang yang telah digunakan untuk memberi subsidi sambungan internet, sebaliknya membayar untuk membekalkan kepada pelajar untuk peranti dan internet di rumah – idea yang disahkan juga oleh banyak senator AS.
Di tengah Ohio, sekolah Hilliard City menghantar pelajar di rumah dengan iPads yang dikeluarkan dari sekolah dan mereka boleh menggunakan untuk memuat turun, melengkapkan dan memuat naik tugasan, iPad memberikan mereka untuk melakukan begitu banyak kerja di luar talian, menurut Superintenden daerah John Marschhausen, walaupun mereka perlu penyambungan untuk menghantar tugasan yang telah selesai dan memuat naik tugasan baharu.
Di kawasan daerah, dua dozen sekolah menyambung WiFi ke kawasan letak kereta supaya keluarga-keluarga boleh menghabiskan memuat turun dari kenderaan mereka. Superintenden berkata dia rasa ia adalah transisi yang mudah bagi kebanyakan orang, tetapi dia risau mengenai perubahan radikal untuk pelajar-pelajar muda yang selalunya menghabiskan masa kurang dari setengah jam di peranti di dalam kelas. – AP