Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BASKIM terima sumbangan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 30 Mei – Badan Kebajikan Saudara-saudara Baru Kampung Kiudang Mungkom (BASKIM) pagi tadi telah menerima sumbangan berupa kewangan daripada seorang hamba Allah, melalui Unit Dakwah Daerah Tutong.

    Wakil daripada pegawai Unit Dakwah Daerah Tutong telah menyerahkan sumbangan derma tersebut kepada Setiausaha BASKIM, Haji Saifulbahri bin Haji Umarali dalam majlis yang berlangsung di Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong.

    Turut hadir menyaksikan majlis tadi ialah Ketua Bahagian Dakwah Daerah Tutong, Awang Alizan bin Haji Ramle serta kakitangan Unit Dakwah, Daerah Tutong.

    Sumbangan tersebut merupakan khusus perbelanjaan aktiviti BASKIM yang bergiat aktif bertadarus rumah ke rumah anjuran BASKIM dalam bulan Ramadan.

    Wakil pegawai Unit Dakwah Daerah Tutong menyerahkan sumbangan derma tersebut kepada Setiausaha BASKIM.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda