Basmida semai kesedaran penyalahgunaan dadah

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Dalam usaha untuk menyemai pengetahuan mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah rendah, seramai 149 pelajar Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah menyertai kuiz antidadah anjuran Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) pada Mac lepas.

Sehubungan itu, satu majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam kuiz berkenaan telah diadakan di sekolah berkenaan, hari ini, di mana majlis diadakan dalam tiga peringkat mengikut garis padu perkumpulan ramai dari Kementerian Kesihatan.

Hadir menyempurnakan hadiah kepada para pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 5 ialah Yang Di-Pertua Persatuan BASMIDA, Datin Hajah Masni bin Haji Mohd Ali sambil disaksikan oleh Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

Penyampaian hadiah seterusnya untuk kumpulan kedua iaitu bagi pelajar Tahun 4 akan diadakan pada 13 Julai dan kumpulan terakhir iaitu bagi pelajar tahun 3 pula akan diadakan pada 14 Julai nanti.

Majlis seumpama ini diharap akan dapat memberikan ilmu serta berkongsi pengetahuan mengenai bahaya dadah kepada masyarakat di samping dapat memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya dan pengaruh dadah.

Datin Hajah Masni menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam kuiz antidadah anjuran BASMINDA. – Gambar oleh Syahmi Hassan