Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bastian sambung kontrak sehingga 2019

    CHICAGO, 29 Nov – Bekas bintang Jerman, Bastian Schweinsteiger telah menandatangani perpanjangan kontrak untuk satu tahun yang akan memastikan dia bersama Chicago Fire menjelang 2019, kata pasukan Major League Soccer (MLS) itu semalam.

    Syarat-syarat perjanjian itu tidak diumumkan tetapi Schweinsteiger akan memainkan musim ketiga di MLS, dengan mencatatkan gaji AS$ 6.1 juta dalam jumlah pampasan pada 2018, menurut angka dari Persatuan Pemain MLS.

    “Mari kita julang trofi,” kata Schweinsteiger dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu.

    “Saya percaya pada kelab ini dan saya percaya bahawa kami boleh menjadi juara.

    “Perjalanan saya di sini sangat istimewa untuk saya dan keluarga saya,” tambah Schweinsteiger, yang telah berkahwin dengan bekas pemain tenis WTA, Ana Ivanovic.

    “Saya suka menjadi sebahagian daripada Chicago Fire dan kami menghargai bagaimana bandar ini telah menerima kami dengan tangan terbuka.”

    Schweinsteiger, yang memenangi Piala Dunia bersama Jerman dan gelaran Liga Juara-juara dengan Bayern Munich, menyertai Chicago pada Mac 2017 dari kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

    Schweinsteiger membuat impak segera di MLS, membantu Chicago menjaringkan gol ketiga tertinggi dalam musim liga biasa dan memperoleh tempat di saingan playoff Piala MLS dalam kempen sulungnya bersama Fire.

    Tetapi pasukan itu yang kali terakhir menjadi juara Piala MLS pada 1998, gagal melayakkan diri ke playoff musim ini, menduduki tempat kedua dari bawah di Persidangan Timur dengan hanya lapan kemenangan dalam 34 perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda