Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Bastianini nekad bawa kemenangan

    MUGELLO, ITALI, 27 MEI – Enea Bastianini berharap untuk menghadiahkan kepulangan penonton ke MotoGP Itali pada Ahad ini dengan kemenangan dan berpeluang untuk mengatasi juara bertahan dan pendahulu siri, Fabio Quartararo.

    Bastianini tiba di Mugello selepas memenangi MotoGP Perancis dan merupakan satu-satunya pelumba musim ini yang memenangi lebih daripada satu perlumbaan.

    Pelumba Ducati-Gresini berusia 24 tahun itu telah memenangi tiga daripada tujuh perlumbaan dan berada di tempat ketiga dalam kejuaraan, mengekori Quartararo dengan lapan mata.

    Pemandu dari Itali itu mengakui dia dahagakan kejayaan pada perlumbaan di lamannya di mana penonton kembali menyaksikan perlumbaan itu buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.

    Quartararo memegang gelaran pendahulu siri dalam perlumbaan kejuaraan disebabkan konsistensinya namun terlepas memburu kemenangan di MotoGP Portugal tetapi kembali ke trek di mana dia meraih kemenangan pada tahun lepas.

    Pelumba Perancis berusia 23 tahun itu, walau bagaimanapun, kecewa selepas terkeluar daripada kedudukan tiga teratas pada perlumbaan di lamannya dua minggu lalu. – AFP

    Aksi pelumba Itali Ducati, Enea Bastianini semasa sesi latihan bebas pertama menjelang Grand Prix Moto GP Itali kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...