Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bastianini raih kemenangan MotoGP Perancis

    LE MANS, PERANCIS, 16 MEI – Enea Bastianini meraih kemenangan MotoGP ketiganya dalam tujuh perlumbaan musim ini ketika dia menyertai Grand Prix Perancis kelmarin.

    Pelumba Itali yang menunggang Ducati Gresini itu, mendahului 2.718 saat di hadapan pelumba Australia, Jack Miller.

    Pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro, menunggang Aprilia, berada di tempat ketiga selepas menyekat pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo pada pusingan penutup.

    Bermula di barisan kedua grid, Bastianini pantas memintas untuk mencabar Miller dan Francesco Bagnaia.

    Beliau memintas pemain Australia itu di separuh jalan dan menduduki kedudukan di belakang Bagnaia.

    Bastianini memintas rakan senegara Bagnaia pada peringkat akhir apabila pelumba Ducati itu melakukan kesilapan.

    Bagnaia mengulangi kesilapan pertama lalu terjatuh sekali lagi dari motosikalnya ketika beliau cuba mengejar semula pada pusingan ke-20. – AFP

    Reaksi Enea Bastianini meraikan kemenangan di atas podium selepas memenangi Grand Prix Moto GP Perancis kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda