Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Batal cuti selepas juara

    PARIS, 6 Nov – Bintang tenis Amerika Syarikat, Jack Sock mengakui bahawa dia terkejut apabila tumpuannya kini beralih daripada memikirkan mengenai percutian ketika kemenangan pertama Paris Masters untuk layak ke pusingan akhir Jelajah Dunia di London selepas menjulang gelaran di Bercy.

    Sock akan melonjak dari tangga ke-22 ke tangga sembilan ranking dunia dan menjadi pemain pertama AS layak ke Jelajah Akhir selepas Mardy Fish pada 2011.

    “Sewaktu datang ke sini, saya tidak terfikir mampu layak ke London,” kata pemain berusia 25 tahun pada satu sidang media.

    “Saya tidak terfikir langsung. Saya hanya mahu bermain tenis dengan baik minggu lalu dan mula bercuti.

    “Berada di sini dan melanjutkan aksi musim ini dua minggu lagi, terus bermain dan mencapai banyak kejayaan sulung, bagi saya ia menakjubkan.

    “Saya terfikir mengenai percutian pada hari berikutnya (sewaktu ketinggalan kepada Edmund). Saya mula mencuba merapatkan jurang dan hanya mengejar pukulan. Semuanya berjaya memberikan mata.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda