Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Batal filem kisah hidup

    Penyanyi terkenal dunia, Madonna (gambar) mengumumkan pembatalan filem biopik mengenai kisah hidupnya selepas projek itu dilaporkan tidak lagi disambung Universal Pictures.

    Khabar sedih mengenai filem Ratu Pop itu turut menjadi bualan hangat peminat selepas Madonna berkongsi perkara itu ketika mengadakan konsert jelajah dunia di salah satu lokasi, baru-baru ini.

    Rakan baik Madonna, salah satu faktor pembatalan filem terbabit kerana penyanyi itu ingin memberi fokus kepada konsert jelajah dunianya.

    Bagaimanapun, Madonna dilaporkan tetap menyimpan keinginan untuk mengarahkan filem mengenai perjalanan hidupnya satu hari nanti.

    Sehingga kini, wakil Madonna dan Universal Pictures dikatakan masih menolak untuk memberikan komen mengenai pembatalan itu.

    Madonna umum pembatalan filem biopik mengenai kisah hidupnya. – Agensi

    Pelakon, Julia Garner yang dikhabarkan akan memegang watak utama sebagai Madonna juga mengunci mulut mengenai dakwaan itu.

    Projek filem biopik Madonna kali pertama diumumkan tiga tahun lalu dan masih berjalan sehingga hujung tahun lalu.

    Difahamkan, Madonna sudah menyiapkan dua draf sinopsis yang merangkumi detik-detik penting dalam kerjayanya serta kehidupan peribadi.

    Sebelum ini, Madonna memberitahu media yang dia tidak membenarkan pengarah lain mengarahkan biopik mengenainya kerana berasa kehidupan yang dilaluinya terlalu luar biasa.

    Dia juga mengaku kerana hidupnya yang terlalu popular dan terkenal membuatkan ia ‘sukar’ difahami atau disampaikan dengan baik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda