Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Batal pembedahan gara-gara serangan siber

    VERSAILLES, PERANCIS, 5 DIS – Sebuah kompleks hospital di Versailles berdekatan Paris, terpaksa membatalkan pembedahan dan memindah beberapa pesakit setelah mengalami serangan siber pada hujung minggu, kata kementerian kesihatan Perancis.

    Pusat Hospital Versailles – yang menempatkan Hospital Andre-Mignot, Hospital Richaud dan Rumah Persaraan Despagne – terjejas oleh serangan penggodaman itu, kata pihak pengurusan kompleks.

    Agensi kesihatan serantau (ARS) berkata Hospital Andre-Mignot telah membatalkan pembedahan, tetapi sedang melakukan segala yang mampu untuk meneruskan perkhidmatan tanpa janji temu dan konsultasi.

    Enam pesakit telah dipindahkan sejak petang Sabtu – tiga dari unit rawatan rapi dan tiga dari unit neonatal – kata Menteri Kesihatan Francois Braun, ketika beliau melawat hospital itu petang semalam. Yang lainnya mungkin menyusul tidak lama lagi, tambah beliau.

    Serangan siber telah membawa kepada ‘penyusunan semula keseluruhan hospital,’ tambah menteri.

    Sementara mesin masih beroperasi di unit rawatan rapi, lebih ramai orang diperlukan untuk memantau skrin kerana sistem tidak berfungsi sebagai sebahagian daripada rangkaian menyeluruh, kata Braun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...