Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Batalion baharu PGA akan ditubuhkan di Sri Aman

    KUCHING, 4 APRIL – Satu batalion baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) akan ditubuhkan di Sri Aman untuk meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

    Komander PGA Briged Sarawak, SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata batalion berkenaan berkemungkinan akan diwujudkan pada tahun ini.

    “Jadi kita pun ada kemungkinan ada satu batalion lagi akan ditambah di Briged Sarawak PGA. Dengan ada satu batalion lagi, kekuatan kita ni akan lagi siap siaga di sempadan Sarawak.

    “Pasukan PGA memberi fokus untuk menjaga kawasan keselamatan dan aktiviti haram ataupun yang lebih fokusnya aktiviti kontraban di kawasan sempadan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan udara awal sempena Program MADANI Ketua Polis Negara ke Sarawak, di sini, hari ini.

    Menurut Che Ghazali, sempena musim perayaan ini, pihaknya turut memperketatkan kawalan di sempadan bagi membanteras aktiviti penyeludupan khususnya barangan bersubsidi seperti minyak masak dan tong gas ke negara jiran. – Bernama

    Gambar Berita Harian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda