Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bateri 100MW atasi catuan bekalan elektrik di Sabah

    KOTA KINABALU, 19 SEPT – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal melaksanakan pemasangan sistem penyimpanan tenaga menerusi bateri berkapasiti 100 megawatt (MW) sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah catuan bekalan elektrik.

    Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata perkara itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan ia penting sebagai langkah sandaran untuk menampung permintaan tinggi pada waktu puncak terutama pada musim cuaca panas dan ketika kegagalan sistem bekalan.

    “Sabah adalah satu-satunya wilayah di Malaysia yang masih mengalami catuan bekalan elektrik. Keadaan ini berlaku kerana kapasiti penjanaan sedia ada yang rendah iaitu dengan reserve margin di bawah paras 12 peratus.

    “SESB berharap Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) akan mempertimbangkan keputusan ST tersebut secara positif demi kebaikan dan kesejahteraan bersama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Reserve margin bermaksud stok tenaga elektrik untuk kegunaan semasa kecemasan terutama apabila berlakunya kegagalan sistem atau permintaan yang tinggi melebihi kebiasaan dalam kalangan pengguna elektrik.

    Madius berkata SESB juga bercadang membina penjana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) berkapasiti 700MW sebagai langkah penyelesaian masalah catuan bekalan elektrik di Sabah secara tuntas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...