DI Korea Selatan, baru-baru ini, LG telah melancarkan LG X5 (2018) sebagai pengganti X5 tahun lalu dan kini didatangkan dengan bateri sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas.
LG juga melengkapkannya dengan sensor cap jari di belakang yang bukan sahaja mengecam cap jari untuk membuka peranti malah berfungsi sebagai punat kamera bagi membolehkan pengguna mengambil gambar dengan sekali ketik.
Selain itu, terdapat sokongan LG Pay bagi pembayaran mudah menerusi mesin-mesin PoS yang sesuai.
Peranti dual-SIM (Nano) ini menggunakan sistem operasi Android 8.0 Oreo dan menonjolkan paparan HD (720×1280 piksel) 5.5 inci dengan nisbah bidang standard 16:9. Ia dikuasakan SoC lapan teras MediaTek MT6750 yang dipadankan dengan RAM LPDDR3 2GB dan storan eMMC 32GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD.
Daripada segi kamera, telefon pintar ini mempunyai sensor 13MP di belakang dengan denyaran LED, manakala itu, di depan terdapat sensor 5MP dengan denyaran LED lembut.
Pilihan sambungannya termasuk 4G LTE, Wi-Fi, Bluetooth, GPS/ A-GPS, Mikro-USB dan jek fon kepala 3.5mm. Seperti yang disebutkan, telefon pintar ini didatangkan dengan bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas dan mempunyai berat 171g.