DUBAI, 17 APRIL – Batu delima unik dianggap salah satu yang terbesar di dunia telah dipamerkan buat pertama kali sebelum pelelongan di emiriah Teluk Dubai.
Batu dengan 8,400 karat – digelar Burj Alhamal dan mempunyai berat 2.8 kilogram – dilombong di Tanzania dan dipamerkan di hotel Dubai pada Jumaat sebagai sebahagian daripada koleksi SJ Gold and Diamond’s Callisto.
Syarikat berkata ia adalah ‘salah satu batu delima terbesar’ di dunia, dengan pengarah urusan Patrick Pilati menggelarnya antara ‘batu delima paling unik pernah ditemui.’
Beliau berkata batu Tanzania itu ‘tidak dipanaskan,’ bermakna ia ‘belum diproses, maka ia bersifat asli dan amat berharga.’ Laporan tempatan mencadangkan batu dengan warna hijau dan ungu itu mungkin dijual dengan harga AS$120 juta. – AFP