Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Batu nilam ditemui tahun lalu pecah rekod dunia

    COLOMBO, 14 JAN – Kerajaan Sri Lanka hari ini berkata batu nilam gergasi yang ditemui di negara itu tahun lalu telah didaftarkan dalam Guinness Book of World Records sebagai batu nilam terbesar di dunia.

    Menteri Batu Permata dan Industri Berkaitan Barang Kemas, Lohan Ratwatte dipetik oleh Daily Mirror berkata batu, yang mempunyai berat melebihi 500kg, telah dimasukkan ke dalam Buku Guinness selepas ia disahkan sebagai batu nilam terbesar oleh makmal Gubelin Gem di Switzerland.

    Batu nilam itu ditemui di Ratnapura, pusat tradisional bagi pemerdagangan batu permata Sri Lanka, terletak 100km tenggara ibu kota Colombo, tahun lalu.

    Pegawai Sri Lanka berkata berat batu tersebut adalah kira-kira 510kg atau 2.5 juta karat dan telah dinamakan sebagai ‘Batu Nilam Serendipiti’.

    Pihak kementerian berkata batu itu ketika ini berada di Switzerland dan akan dibawa ke Britain untuk dilelong. – Xinhua

    Batu nilam ditemui tahun lalu telah didaftarkan dalam Guinness Book of World Records sebagai batu nilam terbesar di dunia. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...