Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Atas permintaan ramai, Maju Motors selaku pengedar kenderaan Volkswagen (VW) di Brunei, sekali lagi menawarkan baucar-baucar diskaun bagi perkhidmatan servis kepada pemilik VW Golf.
Baucar-baucar berkenaan boleh didapati dengan memandu kereta Golf mereka ke bilik pamerannya di Telanai, pada 26, 27 dan 30 April.
Pengumuman itu dibuat selepas sambutan yang hangat pada hujung minggu lalu di mana lebih daripada 30 pemilik Golf hadir dan mengutip baucar 50 peratus.
Menurut jurucakap Maju Motors, kira-kira 900 buah kereta Golf telah berada di jalan raya negara ini, daripada peringkat awal kemasukan model TSI, GTI dan R-Line yang memenangi anugerah, dalam pelbagai generasi.
Baru-baru ini, Maju Motors juga telah mengedarkan baucar diskaun yang sama kepada pemilik VW Beetle dan Vento serta menawarkan klinik servis percuma dan menganjurkan aktiviti-aktiviti kesihatan.
Promosi ini merupakan sebahagian daripada komitmen mereka untuk memastikan pelanggan mempunyai pengalaman terbaik dengan menawarkan lebih daripada sekadar produk dan pengetahuan tetapi juga memberikan perkhidmatan selepas jualan luar biasa yang bukan sahaja kepada pemilik Golf tetapi semua pemilik VW.
Pertemuan Golf itu juga berfungsi sebagai platform untuk komuniti VW tempatan berkongsi tenaga dan semangat mereka untuk kejuruteraan Jerman.
Untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan setia mereka, Maju Motors masih mempromosikan promosi The Amazing Value 5 untuk pemilik baharu Vento dan Golf.
