Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bauernfeind menang Tour de France Wanita

    ALBI, PERANCIS, 28 JULAI – Pelumba baharu, Ricarda Bauernfeind mencipta kejutan dengan meraih kemenangan pada peringkat kelima Tour de France Wanita semalam, manakala Demi Vollering, salah seorang calon kuat acara tersebut, merosot ke bawah kedudukan selepas dikenakan penalti 20 saat.

    Lotte Kopecky pula berjaya me-ningkatkan pendahuluan keseluruhan selepas menamatkan peringkat pada tempat keempat, berada di barisan depan kumpulan penunggang kerana rakan sepasukannya, Vollering, yang memulakan hari itu di tempat kedua dan tiba di garisan penamat pada masa yang sama, dihukum kerana drafting (mengikuti kenderaan lain).

    Vollering mengalami tayar pancit dengan berbaki 65km lagi dan terpaksa berundur ke kereta pasukan SD Worx. Ketika seorang pengawas perlumbaan menjerit memintanya berhenti, pelumba Belanda itu menyusup ke dalam kereta tersebut, yang cuba melalui di antara kenderaan pasukan lain semasa dia berusaha mengejar rombongan utama.

    Selepas semakan video, dia dikenakan penalti yang menurunkannya dari kedudukan kedua ke kedudukan ketujuh. Kini, dia ketinggalan 1 minit 3 saat di belakang Kopecky dari Belgium, tetapi apa yang mengejutkan dia ke-tinggalan 12 saat di belakang saingan utamanya dari Belanda, Annemiek van Vleuten, juara bertahan, yang berada di tempat kelima.

    “Saya tidak tahu mengapa saya dikenakan hukuman ini,” kata Vollering kepada Cyclingnews.

    “Saya tidak boleh lalu apabila terdapat dua barisan kereta bersebelahan. Saya tidak berani untuk lalu kerana ia sangat berbahaya,” ujarnya.

    Kopecky berkata hukuman yang dikenakan kepada rakan sepasukannya itu adalah ‘mengejutkan.’ – AFP

    Ricarda Bauernfeind meraikan kejayaan selepas memenangi perlumbaan berbasikal Tour de France Wanita di wilayah Tarn, barat daya Perancis pada 27 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda