FRANKFURT, JERMAN, 24 SEPT – Kampung Bavaria yang tenang akan menentukan masa depan usaha BMW ke arah elektro mobiliti apabila penduduknya mengundi hari ini berkenaan rancangan generasi automotif Jerman untuk membina kilang bateri besar.
Penduduk Strasskirchen, kira-kira 90 minit memandu dari Munich dengan penduduk seramai kira-kira 2,700 orang, dipanggil untuk mengundi dalam pungutan suara mengenai pembinaan kilang tersebut.
Dengan industri Jerman yang mengalami kemerosotan akibat permintaan global yang perlahan dan kos tenaga yang tinggi, projek itu dianggap sebagai pengesahan keyakinan terhadap masa depan produk ‘buatan Jerman’.
Ia juga datang pada masa yang penting bagi BMW kerana industri automotif beralih dari kenderaan enjin pembakaran kepada kenderaan elektrik. – AFP
