Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bawa anak rasa keseronokan Delhi

    Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) berkongsi kegembiraan menyambut perayaan Deepavali tahun ini bersama isteri, Gauri Khan dan anak lelaki, Abram, 6, di Delhi, India.

    Menurut Shah Rukh, 53, dia mahu Abram menimba pengalaman baharu meraikan perayaan Deepavali seperti menyaksikan pesta lampu di sana.

    “Saya ambil keputusan untuk sambut Deepavali tahun ini bersama Gauri dan Abram di Delhi. Memandangkan usia saya semakin meningkat, saya mahu Abram timba pengalaman baru di sana,” katanya kepada Indian Express.

    Dalam pada itu SRK sempat menceritakan pengalaman memikat hati Gauri menggunakan motosikal Vespa pakciknya.

    “Isteri saya dulu tinggal di Panchsheel. Jadi, saya banyak berkeliaran di sini.

    “Ada satu masa, saya terpaksa pinjam Vespa pakcik saya untuk tarik perhatian Gauri,” ujarnya. – Agensi

    Menurut Shah Rukh, dia mahu Abram menimba pengalaman baharu meraikan perayaan Deepavali seperti menyaksikan pesta lampu di sana. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda