Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bawa barang tegahan, dua ditahan di perairan negara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Sebuah perahu bersama dua lelaki warga tempatan telah ditahan kerana membawa sembilan karton rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup.

    Kedua-dua yang ditahan ialah Metussin bin Rabahal, 51, yang tidak bekerja dan seorang lagi, Mohd Johaidin bin Haji Mohd Ariffin, 42, merupakan seorang anggota beruniform. Mereka ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Polis Marin, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bersama Jabatan Kastam Eksais Diraja (JKED) di kawasan perairan Negara Brunei Darussalam.

    Kedua-dua orang tersebut diserahkan kepada JKED untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

    Susulan siasatan pihak JKED, Metussin telah mengaku bersalah dan akan didakwa di bawah Bab 146 Perintah Eksais 2006 manakala itu, penumpang dilepaskan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda