ABUJA, 28 Feb – Presiden Nigeria Muhammadu Buhari pada Rabu berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha menggabungkan pencapaian untuk membawa negara itu ke “peringkat seterusnya” semasa penggal kedua beliau memegang jawatan, lapor agensi berita China Xinhua.Terdahulu pada hari yang sama, badan pilihan raya Nigeria, Suruhanjaya Pilihan Raya Nasional Bebas (INEC) telah mengisytiharkan Buhari sebagai pemenang dalam pilihan raya presiden.
Buhari, dalam ucapan penerimaan berkata banyak bidang tumpuan, seperti yang dinyatakan dalam manual kempennya, akan dilibatkan dalam pelan beliau untuk Nigeria.
“Saya boleh memberi jaminan bahawa anda akan melihat sebuah negara yang bergerak ke peringkat seterusnya, apabila kami menggabungkan bidang-bidang asas untuk menjaga keselamatan negara, merancakkan semula ekonomi dan memerangi rasuah,” kata presiden berusia 76 tahun itu.
Buhari, calon parti All Progressives Congress (APC) yang memerintah, mendahului pengundian bagi pilihan raya presiden pada Sabtu lepas dengan meraih lebih 15 juta. – Bernama