CANBERRA, AUSTRALIA, 30 JUN – Kerajaan negeri Queensland dan Australia Barat hari ini menasihati penduduk di bawah umur 40 tahun untuk tidak mengambil vaksin AstraZeneca kerana risiko gangguan pendarahan beku, meskipun kerajaan Australia membenarkan suntikan itu boleh diambil oleh orang dewasa.
Nasihat kerajaan negeri itu kepada mereka yang berumur di bawah 40 tahun adalah berdasarkan garis pandu kerajaan Britain, sementara kedudukan kerajaan persekutuan baharu, menyedari kekurangan vaksin Pfizer dan sangat memerlukannya untuk mempercepatkan kempen vaksin.
Ketidakpersetujuan itu mencetuskan kekeliruan kepada separuh penduduk Australia di Queensland, Australia Barat, New South Wales dan Northern Territory akibat kluster baharu, terutama ketika varian delta yang dikatakan lebih mudah berjangkit. – AP