Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bawang kurang pedihkan mata mula dijual

    SYDNEY, 10 JULAI – Pasar raya Woolworths di Australia mengumumkan hari ini, bekalan pertama varieti bawang yang tidak memedihkan mata akan mula dijual di kedai di seluruh New South Wales, Victoria dan Australian Capital Territory dari Rabu hingga September.

          “Bawang yang unik itu sesuai seperti namanya, bawang yang mungkin membuatkan awda kurang mengalirkan air mata ketika awda memotongnya,” menurut Woolworths dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

          Menurut kenyataan itu, bawang itu mengandungi hanya sedikit bahan kimia dan enzim semula jadi juga dikenali sebagai sebatian yang mudah meruap, yang menyebabkan mata berair dan kerengsaan.

          Di samping itu, sebatian itu akan semakin berkurangan selepas ia dituai, berbanding dengan bawang biasa yang sebatiannya meningkat dari semasa ke semasa.

          Menurut Woolworth, tanaman bawang yang tidak memedihkan mata itu telah dibangunkan selama beberapa dekad menggunakan kaedah semula jadi, termasuk pembiakan kacukan varieti bawang sedia ada, menyebabkan rasanya kurang ‘kuat’ dan lebih manis sedikit berbanding bawang biasa. – Bernama

     

    Foto hiasan Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda