Saturday, May 17, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayang-bayang di langit malam

    Oleh Aqilah HMS –

    Malam itu, angin berpuput lembut di perkampungan Batu Marang, namun langit tampak muram seolah menyembunyikan rahsia gelap.

    Di sebuah rumah kayu yang terpencil di hujung kampung, Aisyah baru sahaja melahirkan anak sulungnya, anak lelaki yang comel dan sihat. Suaminya, Farid, setia menemaninya sepanjang proses kelahiran. Ibu Farid, Mak Timah, juga hadir untuk membantu berpantang.

    “Syukur alhamdulillah, cucu sulung mak. Tapi Aisyah kena jaga elok-elok masa dalam pantang. Zaman sekarang, bukan manusia je yang dengki,” pesan Mak Timah sambil memicit bahu menantunya.

    Aisyah hanya mengangguk perlahan. Badannya masih lemah, tetapi hatinya penuh kasih melihat wajah si kecil yang lena tidur di sisi.

    Hari-hari berlalu dan Aisyah mula perasan sesuatu yang aneh. Setiap kali malam menjelang, udara terasa lebih dingin dari biasa. Rumah mereka terletak berhampiran pinggir sungai dan belakang rumah mereka di kelilingi oleh hutan tebal. Jadi jika ada angin kuat, bunyi pokok dan daun-daun kering yang gugur di sekitar itu memang akan jelas kedengaran.

    Gambar chatGPT

    Anak mereka, yang siangnya tenang, akan menangis tak henti-henti sebaik sahaja matahari terbenam. Tangisannya bukan tangisan biasa panjang, sangat kuat dan kadangkala kedengaran seperti ketakutan.

    Pada malam ketujuh selepas kelahiran, Aisyah terbangun jam 2 pagi. Peluh membasahi dahinya walaupun angin malam terasa sejuk mencucuk tulang. Dia melihat ke arah buaian.

    Anaknya menangis, matanya terbeliak memandang ke atas.

    Aisyah menoleh ke tingkap. Di luar, di atas sebuah pohon besar tua, kelihatan seperti kepala manusia tanpa badan, usus terjuntai, terapung di udara. Rambut panjangnya mengurai dan matanya merah menyala. Mulutnya bergerak-gerak, mengeluarkan bunyi serak menyeramkan.

    Aisyah kaku. Mulutnya cuba menjerit, tapi suara tersekat di kerongkong. Hatinya meronta, tetapi tubuhnya membeku. Anaknya diatas buaian semakin kuat menangis.

    Mak Timah yang tidur di ruang tamu terjaga dan segera masuk ke bilik. Dengan pantas, dia mencapai gunting dan menyilangkan dua bilah besi di hadapan tingkap.

    “Penanggal! Dia cari darah ibu nifas!” jerit Mak Timah.

    Mak Timah segera menyembur air limau dan lada hitam di sekeliling pintu dan tingkap. Dia juga menggantungkan daun mengkudu dan bawang putih di atas buaian. Perlahan-lahan, suara tangisan anak Aisyah mula reda, dan makhluk di luar lenyap.

    Keesokan harinya, Farid memanggil Tok Imam dan beberapa orang kampung untuk membaca doa, dan ‘memagari rumah’ dengan garam kasar di sekeliling kawasan.

    Namun gangguan itu tidak berhenti. Setiap malam, Aisyah akan terdengar bunyi ‘benda’ mengelilingi atap rumah, mencakar dinding, dan sesekali terdengar suara perempuan menangis dari luar tingkap.

    Farid menjadi semakin risau. “Kita tak boleh terus begini. Aku akan bawa kau tinggal di rumah orang tua aku di kampung sebelah. Di sana lebih selamat.”

    Namun Aisyah menolak. Dia percaya, jika dia lari, makhluk itu akan ikut dan gangguan tidak akan berakhir. Dia nekad untuk bertahan.

    Pada malam ke-40, malam terakhir dalam pantang, Mak Timah mempersiapkan upacara ‘mandi bunga’ untuk Aisyah. Ia merupakan adat kampung sebagai pelindung terakhir dari gangguan makhluk halus. Malam itu, semuanya tampak tenang. Aisyah terasa lega.

    Tapi ketika semua sudah tidur, dia terdengar suara anak damit menangis, tetapi bukan dari dalam rumah. Bunyinya seolah-olah berada di luar rumah mereka. Aisyah mula panik.

    “Anakku?!”

    Dia berlari ke buaian dan anaknya masih lena tidur. Namun suara tangisan itu semakin kuat dari luar rumah. Aisyah, seperti dipukau, membuka pintu dan melangkah keluar.

    Langit kelam. Di halaman, kelihatan sesusuk tubuh perempuan duduk membelakangi rumah, mendukung sesuatu. “Aisyah…mari sini…anak kau dengan aku.”

    Suara itu perlahan, garau, seperti dua suara bergabung menjadi satu. Aisyah menggigil.

    Dia cuba melangkah mundur, namun kakinya terpaku ke tanah.

    Mak Timah yang terjaga segera keluar dan menyimbah air yasin ke arah makhluk itu. Ia mengilai panjang sebelum melayang pergi, meninggalkan bau hanyir yang menyengat.

    “Aku dah kata jangan keluar malam! Dia hampir berjaya bawa kau pergi!” marah Mak Timah sambil memeluk Aisyah yang sudah hampir pengsan.

    Sejak malam itu, gangguan terus lenyap. Anak damit Aisyah membesar dengan sihat.

    Namun Aisyah tetap berjaga-jaga dan masih trauma dengan kejadian tersebut. Dia sedar bahawa dunia ini bukan milik manusia sahaja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/