BEIJING, 2 JUN – Peminat bola sepak China perlu mengeluarkan wang sehingga AS$680 untuk melihat Lionel Messi memimpin Argentina menentang Australia dalam perlawanan persahabatan Beijing, kata penganjur hari ini.
Perlawanan pada 15 Jun di Stadium Pekerja berkapasiti 68,000 itu adalah perlawanan ulangan pertemuan antara Argentina dan Australia dalam pusingan 16 terakhir Piala Dunia Qatar.
Messi, yang bakal meninggalkan Paris Saint-Germain pada musim panas ini, menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 untuk Argentina dan mereka seterusnya menjulang Piala Dunia.
Tiket dari 580 yuan (AS$82) hingga 4,800 yuan akan mula dijual dalam dua kelompok, pada 5 dan 8 Jun, kata penganjur.
Peminat dalam talian yang tidak berpuas hati dengan cepat mengecam harga untuk perlawanan persahabatan itu.
“Saya akan melaporkan awda kerana ‘merompak’,” seorang pengguna di Weibo mengulas pada akaun rasmi penganjur.
“Untuk 4,800 yuan, adakah Messi akan menggendong kami semasa dia bermain?” tulis pengguna lain. – AFP


