Sunday, February 16, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayaran pencen di kaunter

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan melalui kaunter (walk-in) bagi Ogos 2023.

    Pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan secara kaunter bagi Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan di Kaunter Bahagian Hasil, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi esok bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Manakala, pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong akan dilaksanakan di Kaunter Pejabat, Cawangan Jabatan Perbendaharaan di daerah-daerah berkenaan, pada tarikh dan waktu yang sama.

    Pembayaran pada hari-hari berikutnya iaitu sehingga 9 September adalah pada pukul 8:30 hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 hingga 3:30 petang di kesemua cawangan.

    Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan ke atas tatacara pembayaran yang dimaksudkan, mereka boleh menghubungi talian-talian yang telah disediakan iaitu 2380822 atau 2383469.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda