Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern belasah Dortmund

    BERLIN, 1 April – Wira hatrik Robert Lewandowski telah membantu Bayern Munich untuk membelasah bekas kelabnya Borussia Dortmund 6-0 semalam, namun pasukan gergasi Bavarian itu perlu menunggu hingga minggu depan untuk meraikan kejuaraan Bundesliga mereka yang keenam berturut-turut.

    Lewandowski membuka tirai jaringan Bayern seawal minit kelima perlawanan selepas penyerang dari Poland itu boleh bernasib baik apabila jaringannya tidak dibatalkan susulan ofsaid.

    Beberapa minit kemudian, pemain kelahiran Perancis, Franck Ribery berjaya mencetak gol tetapi ia dinafikan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).

    Walau bagaimanapun, Bayern yang beraksi mantap berjaya menyumbat empat lagi gol sebelum babak pertama berakhir bermula pada minit ke-14 menerusi James Rodriguez diikuti gol Thomas Muller selepas setengah jam perlawanan berlangsung.

    Robert Lewandowski (dua kanan) meraikan jaringan pertamanya bersama rakan sepasukannya semasa perlawanan menentang Dortmund di Munich kelmarin. – AP

    Pada minit akhir perlawanan, gerakan bijak Ribery berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Dortmund sebelum melakukan hantaran baik kepada Lewandowski yang menyumbat gol kedua peribadinya.

    Di masa kecederaan, Ribery akhirnya meletakkan namanya selaku penjaring untuk kali kelima penjaga gol Dortmund, Roman Burki ditewaskan.

    “Kami betul-betul seperti tidak ada beraksi pada hari ini,” kata pemain pertahanan Dortmund, Marcel Schmelzer.

    “Bayern memainkan permainan’ kucing mengejar tikus’ terhadap kami. Ia sesuatu yang memalukan, dan saya tidak boleh menerimanya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda