Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern benam Olympiakos

    MUNICH, JERMAN, 7 NOV – Pasukan tanpa pengurus, Bayern Munich mara ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara berbaki dua perlawanan ketika Robert Lewandowski memberi inspirasi kemenangan 2-0 mengatasi Olympiakos.

    Jaringan Lewandowski, gol ke- 21 dalam 17 perlawanan musim ini, menjadi tumpuan dalam saingan membosankan di Allianz Arena sebelum pemain gantian Ivan Perisic menambah jaringan lewat permainan. Kemenangan itu memastikan pendahulu Kumpulan B, Bayern mara ke peringkat kalah mati buat kali ke-12 berturut-turut.

    “Kami bertahan di atas, memberi tekanan kepada lawan berkali-kali dan kami mendominasi,” kata pengurus semantara, Hansi Flick.

    Pengendali berusia 54 tahun itu menghadirkan kemenangan pertama selepas mengambil alih tempat Niko Kovac yang dipecat pada Ahad selepas kalah 5-1 di Eintracht Frankfurt pada saingan Bundesliga.

    Bayern dijangka akan menamakan bos baharu mereka sebelum perlawanan tempat lawan di Fortuna Duesseldorf pada 23 November namun jurulatih Ajax, Erik ten Hag dan bos Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel sudah menolak kemungkinan itu.

    Menurut akhbar harian Jerman, Bild, Bayern dikatakan sedang berbincang dengan bekas pengurus Arsenal Arsene Wenger. – AFP

    Reaksi Lewandowski selepas menjaringkan gol pada perlawanan menentang Olympiakos, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda