Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern berhempas pulas benam Hamburg

    BERLIN, 22 Okt – Corntin Tolisso menjaringkan gol kemenangan ketika juara bertahan Bundesliga Bayern Munich menang 1-0 ke atas Hamburg yang beraksi dengan 10 pemain untuk berkongsi tangga teratas bersama Dortmund semalam.

    Kedua-dua pasukan mengutip 20 mata tetapi perbezaan jaringan mengekalkan pasukan Bavaria itu di tangga kedua belakang Dortmund, yang sebelumnya melepaskan dua jaringan pendahuluan dalam persaingan yang seri 2-2 di Eintracht Frankfurt.

    “Ia adalah perlawanan yang penting. Kita melihat keputusan Dortmund dan kita tahu kita memiliki peluang untuk kembali,” kata Toliso di Hamburg.

    “Tetapi ia adalah perlawanan yang sukar. Kami tidak mengawal permainan dan bermain seperti biasa.

    Pemain Bayern meraikan jaringan Tolisso ketika menentang Hamburg di Volksparkstadion kelmarin. – AP

    “Pada separuh masa kedua, mereka bertahan, jadi kami menggerakkan bola dari kanan ke kiri, kerana kami tahu ia akan berlaku, kami datang ke sini untuk menang dan menghampiri Dortmund.”

    Hamburg yang beraksi selama 50 minit dengan 10 pemain selepas pertahanan Gideo Jung dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Kingsley Coman.

    Jurulatih baru Bayern Jupp Heynckes, yang kembali untuk kali keempat selepas Carlo Ancelotti dipecat, merehatkan beberapa pemain bintang bagi pertemuan minggu depan menentang RP Leipzig Rabu depan dalam persaingan Piala Jerman dan perlawanan Sabtu depan dalam liga.

    Kapten pasukan Thomas Mueller yang diturunkan pada separuh masa kedua, memberikan umpanan kepada Tolisso bagi gol kemenangan tetapi dikeluarkan selepas 55 minit kerana kecederaan paha. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda