Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Bayern berpesta gol dengan hatrik Gnabry

    WOLFSBURG, JERMAN, 9 NOV – Serge Gnabry meledak hatrik ketika Bayern Munich mencipta jurang empat mata di persada Bundesliga menerusi persembahan dominan 6-1 menewaskan Werder Bremen kelmarin.

    Kemenangan ini memastikan Bayern menamatkan aksi pertengahan minggu di kedudukan teratas dengan juara bertahan itu berada empat mata di depan pasukan tangga kedua, Freiburg yang akan berkunjung ke RB Leipzig hari ini.

    Namun terdapat sedikit berita buruk buat pasukan Bavaria itu apabila penyerang Senegal, Sadio Mane dikeluarkan pada awal permainan kerana kecederaan.

    Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann berkata tahap kecederaan itu masih belum jelas.

    “Dia mengalami hentakan di lututnya,” katanya kepada Sky. “Kami harap ia tidak terlalu teruk dan setakat ini kami belum tahu.”

    Gol daripada Jamal Musiala dan Leon Goretzka selain dua daripada Gnabry, Bayern mendahului 4-1 selepas hanya 28 minit sebelum mereka berehat seketika berdepan Bremen.

    Pada penghujung aksi, Bayern kembali dengan Gnabry meledak hatrik pada minit ke-82 dan penyerang remaja Perancis, Mathys Tel menambah satu lagi berbaki lima minit perlawanan.

    “Babak pertama bermula dengan bagus… ia sangat menakjubkan. Mungkin kami boleh menjaringkan lebih banyak gol,” kata pemain Bayern, Joshua Kimmich. – AFP

    Aksi Serge Gnabry (kanan) bersaing dengan Anthony Jung semasa dalam perlawanan antara Bayern Munich dan Werder Bremen di Allianz Arena, Munich, Jerman, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...