Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern dijangka rampas kembali kejuaraan daripada Leverkusen

    LEVERKUSEN, 16 FEB – Pertahanan yang kental daripada Bayern Munich berjaya menyekat Bayer Leverkusen yang lebih dominan dengan keputusan seri 0-0 di tempat lawan semalam, sekali gus mengekalkan kelebihan lapan mata mereka di puncak Bundesliga Jerman.

    Keputusan itu, yang merupakan kali kelima Bayern kehilangan mata dalam 22 perlawanan liga musim ini, memastikan mereka kekal di landasan untuk merampas kembali kejuaraan daripada Leverkusen dengan baki 12 perlawanan.

    Menyifatkan keputusan seri itu sebagai ‘bernasib baik’, kapten Bayern, Manuel Neuer berkata, “Kami berpuas hati dengan keputusan ini.”

    Sementara itu, jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso menegaskan ‘musim ini belum berakhir.’
    “Kami telah melakukan segalanya kecuali menjaringkan gol. Dari segi kedudukan liga, ia masih belum mencukupi,” tambahnya.

    Leverkusen mendominasi separuh masa pertama tetapi gagal merebut beberapa peluang, dengan Alonso memilih untuk membiarkan penyerang Patrik Schick dan Victor Boniface, di bangku simpanan.

    Jeremie Frimpong menanduk bola yang terkena palang pada minit ke-21 selepas aksi bijak Florian Wirtz di bahagian kiri.

    Nathan Tella, yang menjaringkan gol kemenangan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam Piala Jerman pada Disember lalu, turut merembat bola yang terkena palang dari jarak dekat ketika berhadapan satu lawan satu dengan Neuer empat minit kemudian. – AFP

    Nathan Tella melepaskan rembatan tetapi gagal menjaringkan gol dalam perlawanan Bundesliga divisyen pertama Jerman antara Bayer Leverkusen dan Bayern Munich di Leverkusen, Jerman barat, pada 15 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda