Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern, Dortmund teruskan permusuhan pada Piala Super

    BERLIN, 2 OGOS – Bayern Munich memperbaharui permusuhannya dengan Borussia Dortmund Ahad ini dalam Piala Super Jerman dengan skuad Bavaria itu sedang mengejar bintang Manchester City Leroy Sane bagi memperkuatkan skuad mereka.

    Perlawanan pembuka tirai Bundesliga membabitkan Dortmund itu sekali lagi menemukan kelab utama Jerman selepas Bayern menahan cabaran hebat Dortmund seterusnya meraih gelaran ketujuh liga pada hari terakhir musim lalu. “Ini adalah gelaran pertama yang amat penting buat kami,” kata bintang Bayern, Thomas Mueller dua minggu sebelum bermula musim baharu Bundesliga. “Perlawanan ini ada kehebatan tersendiri. Kami mahu menunjukkan bahawa kami sudah bersedia. Kami akan bermati-matian bagi mendapatkannya.”

    Seperti dikatakan pertahanan Niklas Suele, Bayern “mahu menunjukkan petanda” mereka kekal sebagai pasukan perlu ditewaskan di Jerman.

    Dortmund juga membentuk pasukan yang kuat, mereka menandatangani pemain sayap, Thorgan Hazard dan Julian Brandt, dengan Brandt diketepikan kerana kecederaan dan memancing Mats Hummels dari Bayern bagi memperkuatkan pertahanan. – AFP

    Kombinasi gambar pengurus Bayern, Nico Kovac (kiri) dan rakan sejawatnya dari Dortmund, Lucien Favre (kanan). – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda