Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bayern gemuruh hadapi Gladbach

    BERLIN, 17 FEB – Bayern Munich mungkin telah mendominasi Bundesliga selama sedekad tetapi pada hari Sabtu ini, mereka akan berdepan pasukan Borussia Moenchengladbach yang telah menewaskan juara Bavaria itu sebanyak sembilan kali dalam liga sejak musim 2011-12.

    Tanpa mengira kedudukan kedua-dua pasukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang mana Bayern telah memenangi 10 daripada 10 kejuaraan liga manakala Gladbach hanya tiga kali menamatkan saingan di empat teratas menjadikan pertembungan itu sangat kompetitif.

    Sejak 2012, tahun terakhir Bayern gagal memenangi kejuaraan, tiada kelab selain Gladbach berjaya mencatat lebih daripada lima kemenangan menentang pasukan mereka.

    Kemenangan Gladbach bermula pada 2021-22 apabila mereka membelasah Bayern 5-0 dalam Liga Jerman, kekalahan terbesar Bavaria terhadap mana-mana lawan sejak 1970an.

    Gladbach kini berada di kedudukan tengah, berjaya menahan Bayern untuk seri 1-1 di Munich pada awal musim ini.

    Bagaimanapun, perubahan besar untuk Gladbach sejak perlawanan itu adalah kehilangan penjaga gol bintangnya, Yann Sommer, yang telah berpindah ke Munich dan akan menentang bekas rakan sepasukannya di Borussia Park buat kali pertama esok.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Oliver Kahn mengetahui risiko yang ditimbulkan oleh pihak lawan esok, terutamanya dengan Union Berlin dan Borussia Dortmund yang sedang menyusuli di belakang mereka di dalam liga.

    “Saingan kelihatan sangat ketat pada masa ini,” kata Kahn selepas kemenangan 1-0 Liga Juara-Juara Selasa di Paris Saint-Germain.

    “Sekarang perhatian beralih kepada Gladbach dan kami tahu mereka sedang menunggu kami untuk kecundang. Kami tidak mahu memihak kepada sesiapa.” – AFP

    Eric Maxim Choupo-Moting semasa perlawanan pertama pusingan 16 bola sepak Liga Juara-Juara UEFA menentang Paris Saint-Germain (PSG) di stadium Parc des Princes di Paris pada 14 Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...