MUNICH, 18 FEB – Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany berkata dia percaya Harry Kane akan cergas untuk menentang Celtic, selepas penyerang itu terlepas latihan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara.
Media Jerman melaporkan Kane mengalami kecederaan ketika seri 0-0 Sabtu lalu di Bayer Leverkusen dalam Bundesliga.
Kompany mengakui dia tidak dapat memberikan jawapan pasti sama ada Kane akan bermain, tetapi berkata keputusan akan dibuat pada pagi perlawanan di Munich nanti.
“(Ia) pasti tiada yang buruk. Kami hanya mempunyai sedikit masa untuk pulih dan kadangkala awda memerlukan satu hari tambahan,” kata Kompany kepada pemberita kelmarin.
Bayern tidak seperti biasanya bertahan menentang Leverkusen, dengan Kane dan penyerang lain berundur untuk membantu pelawat mengekalkan rekod bersih yang mengekalkan kelebihan lapan mata mereka di puncak liga.
“Kita akan lihat awal pagi esok bagaimana keadaannya, tetapi saya menganggap ia tidak terlalu buruk, kita hanya mempunyai sedikit masa untuk kembali pulih,” kata Kompany.
“Kita jumpa esok.”
Semasa menentang Leverkusen yang lalu, Kane memerlukan rawatan sebelum separuh masa selepas kepalanya terlanggar bahu Piero Hincapie.
Jurulatih Celtic Brendan Rodgers kelmarin menyokong kapten England itu untuk bermain.
“Ia tidak mengubah apa-apa kerana kami (masih) perlu memenangi perlawanan. Jika Harry tidak bermain, itu adalah satu kehilangan besar bagi mereka, tetapi saya cukup pasti ada pemain bertaraf dunia yang lain untuk menggantikannya.”
Kane menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 di Celtic Park minggu lalu dalam perlawanan pertama perlawanan playoff fasa kalah mati, dan Bayern juga tidak pernah tewas di tempat sendiri dalam Liga Juara-Juara sejak April 2021.
Kompany berkata Celtic, “sentiasa berbahaya, tetapi begitu juga kami. Ia adalah perlawanan di tempat sendiri, kami akan cuba menjadikannya kelebihan kepada kami.”
Sementara pemain tengah Bayern, Jamal Musiala pula menegaskan kelab itu ‘tiada alasan’ walaupun pemulihan singkat selepas pertembungan sengit Sabtu lalu.
“Tiada seorang pun daripada kami mahu memberi alasan. Kami membuat persiapan yang baik berhari-hari untuk perlawanan, maka kami perlu memberikan segalanya. Kami segar dan akan memberikan segala-galanya esok,” kata Musiala.
Rodgers mengakui jurang antara kelabnya dan elit Eropah itu telah melebar dalam beberapa dekad kebelakangan ini, tetapi meminta pasukannya untuk ‘cekal hadapi’ cabaran menentang pemenang enam kali itu.
“Pada tahap ini, awda perlu bermain tanpa rasa takut. Terdapat perkara yang lebih buruk dalam hidup daripada kehilangan permainan bola sepak, jadi kami mahu memastikan pada penghujung permainan kami telah memberikan segala-galanya.
“Kami bukan (pasukan) pilihan, tetapi segala-galanya mungkin.” – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/8-bayern.jpg)