BERLIN, 7 OGOS – Bayern Munich berharap dengan kejayaan Liga Juara-Juara akan mampu meyakinkan Thiago Alcantara dan David Alaba, yang masih menangguhkan keputusan menandatangani perjanjian baharu, untuk terus kekal.
Bayern akan menjadi tuan rumah kepada Chelsea di Allianz Arena pada Sabtu dalam saingan Liga Juara-Juara kelompok 16 terakhir, pusingan kedua, dengan mempunyai kelebihan 3-0 selepas membenam The Blues di London pada Februari lalu apabila Serge Gnabry menjaringkan dua gol dalam persembahan memukau.
Sejak perlawanan itu, Bayern telah mengesahkan kejuaraan Bundesliga buat kali ke-8 berturut-turut dan menjulang Piala Jerman bagi meletakkan mereka di landasan yang betul untuk memenangi treble selepas memenangi kesemua 11 perlawanan ketika liga disambung semula.
Chelsea yang akan turun beraksi tanpa pemain sayap mereka, Christian Pulisic, yang mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan final Piala FA menentang Arsenal, dan Pedro, yang menjalani pembedahan bahu selepas diusung keluar dari Wembley.
Ketua pasukan The Blues, Cesar Azpilicueta turut dijangkakan akan terlepas perlawanan menentang Munich selepas mengalami kecederaan hamstring.

Bayern yang bimbang bahawa pemain tengah mereka, Alcantara telah dikaitkan dengan perpindahan keluar ke Liverpool, dan Alaba, kedua-dua mereka mempunyai baki kontrak satu tahun dan perundingan ketika ini menemui jalan buntu.
Thomas Mueller turut berharap dengan kejayaan Liga Juara-Juara akan dapat meyakinkan mereka untuk kekal.
“Thiago sangat kemas dalam pengawalan bola, ia memberikan kami kelebihan, dan ia sering kali dipandang rendah betapa keras dia bekerja untuk membantu kami memenangi bola kembali,” Mueller memberitahu akbar Sueddeutche Zeitung.
“David sangat penting untuk mengawal dan membina permainan kami.”
Mueller, pemenang Piala Dunia 2014, mengatakan akan ‘mengalami masalah’ jika kedua-dua Alcantara dan Alaba pergi pada akhir kempen Liga Juara-Juara Bayern. – AFP