Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Bayern julang Piala Super Jerman

    STUTTGART, 17 OGOS – Harry Kane dan Luis Diaz menjaringkan gol ketika Bayern Munich menewaskan Stuttgart 2-1 di tempat lawan kelmarin untuk menjulang Piala Super Jerman buat kali ke-10.

    Perlawanan pembuka tirai musim bola sepak Jerman yang menemukan juara liga dan piala itu diadakan buat pertama kali sejak ia dinamakan sempena legenda bola sepak, Franz Beckenbauer, yang meninggal dunia pada 2024.

    Selepas setahun bergandingan dalam serangan, Michael Olise dan Kane sekali lagi menjadi ancaman utama Bayern apabila mereka bergabung untuk gol pembukaan pada minit ke-18.

    Walaupun hilang imbangan dan hampir-hampir terjatuh, Kane berjaya menyambut hantaran Olise dan terus melepaskan rembatan rendah ke penjuru gawang untuk jaringan ke-86 dalam penampilannya ke-97 bersama Bayern.

    Disokong lebih 60,000 penyokong tuan rumah, Stuttgart cuba mencari gol penyamaan pada separuh masa kedua. Namun, Bayern berjaya menambah gol melalui serangan balas, apabila Diaz menanduk masuk bola jarak dekat pada minit ke-77.

    Diaz kemudian berlari ke tiang bendera sudut dan duduk di atas padang, meniru gaya sambutan permainan video bekas rakan sepasukan Liverpoolnya, Diogo Jota. Ia menjadi penghormatan terkini buat pemain sayap Portugal itu, yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada Julai lalu.

    Stuttgart berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Jamie Leweling pada masa kecederaan, namun sudah terlambat untuk menghalang kemenangan Bayern.

    Kemenangan itu memberikan Kane trofi pasukan kedua dalam kariernya selepas penyerang berusia 32 tahun itu meraih kejuaraan Bundesliga musim lalu.

    Kapten Bayern, Joshua Kimmich, memuji rakan sepasukannya atas ‘kemenangan yang layak’ sambil menegaskan kejayaan itu akan menjadi pemangkin semangat untuk musim baharu. – AFP

    Luis Diaz menjaringkan gol untuk mendahului 2-0 dalam perlawanan bola sepak Piala Super Franz-Becken. – AFP
    Harry Kane dan Luis Diaz menjaringkan gol ketika Bayern Munich menewaskan Stuttgart 2-1 di tempat lawan kelmarin untuk menjulang Piala Super Jerman buat kali ke-10. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...