Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern munich ratah Fortuna Dusseldorf

    BERLIN, 31 MEI – Bayern Munich meluaskan jurang kedudukan mereka dengan 10 mata di puncak Bundesliga setelah meraih kemenangan besar 5-0 menentang Fortuna Dusseldorf yang berada di kedudukan tercorot di liga ketika perlawanan berlangsung di sebalik stadium tertutup dengan penjaring terbanyak liga, Robert Lewandowski berjaya menjaringkan dua gol.

    Pemain pertahanan Duesseldorf, Mathias Joergensen menjaringkan gol sendiri pada awal perlawanan sebelum Benjamin Pavard, Lewandowski dan Alphonso Davies menemui sasaran jaringan.

    Dengan berbaki lima perlawanan sahaja lagi, Bayern, yang telah memenangi lapan perlawanan terakhir liga mereka, berasa selesa berada di puncak liga untuk memenangi gelaran liga kelapan mereka berturut-turut.

    Walau bagaimanapun, Borussia Dortmund yang berada di tempat kedua mampu merapatkan jurang kedudukan mereka apabila mereka bakal bertemu menentang pasukan tercorot Paderborn malam ini.

    Rekod penjaring terbanyak yang kini dipegang oleh Lewandowski dengan menjaringkan 43 gol dalam semua perlawanan merupakan musim terbaik untuk penyerang dari Poland itu.

    Reaksi Robert Lewandowski ketika meraikan jaringannya semasa perlawanan FC Bayern Munich menentang Fortuna Duesseldorf semalam di Munich, Jerman selatan. – AFP

    Ketua jurulatih, Hansi Flick, meraih kemenangan ke-22 dalam 25 perlawanan pertamanya, lebih baik berbanding dengan Pep Guardiola ketika dia memegang jawatan itu pada tahun 2013.

    “Statistik dan catatan rekod tidak menarik minat saya, yang penting adalah memiliki musim yang berjaya,” kata Flick, pada musim pertamanya sejak menggantikan Niko Kovac pada bulan November lalu.

    “Di Bayern Munich, anda dijangka untuk menang. Saya sangat gembira, kami sangat agresif dan tidak memberi mereka peluang.”

    Lewandowski, yang sebelum ini tidak pernah menjaringkan gol dalam enam perlawanan menentang Duesseldorf, menebus ganti rugi itu dengan gol dijaringkan dalam separuh masa pertama dan kedua.

    Fortuna, sebelum ini tanpa kalah dalam tiga perlawanan mereka sejak liga disambung semula di Stadium Allianz Arena di mana mereka terakhir kali hanya meraih keputusan seri 3-3 pada perlawanan November 2018 yang lalu.

    Mereka ketinggalan pada minit ke-15 apabila Joergensen menjaringkan gol sendiri setelah Pavard melakukan rembatan kencangnya.

    Pavard menjaringkan gol kedua dengan tandukan kuat pada minit ke-29 sebelum Lewandowski berjaya menjadikan kedudukan 3-0 sebelum separuh masa pertama berakhir.

    Dalam beberapa minit di separuh masa kedua Lewandowski menemui jaringan kedua. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda