Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern Munich tewas, Leverkusen kekal di puncak

    LEVERKUSEN, 31 MAC – Bayern Munich tewas 2-0 kepada Borussia Dortmund kelmarin, kekalahan ‘Der Klassiker’ pertama mereka dalam tempoh sedekad, membenarkan Bayer Leverkusen, kekal menerajui liga dengan 13 mata dengan baki tujuh perlawanan, setelah menang 2-1 ke atas Hoffenheim.

    Bayern tewas di tempat sendiri dengan Dortmund menjaringkan gol pada setiap babak menerusi Karim Adeyemi kelahiran Munich dan pemain pertahanan, Julian Ryerson.

    Harry Kane menjaringkan gol pada hujung permainan untuk memberi harapan kepada Bayern untuk bangkit, tetapi gol kapten England itu dinafikan kerana ofsaid.

    Kali terakhir Dortmund menang di Munich adalah pada 2014 di bawah kendalian Jurgen Klopp, dan kemenangan di Munich ini “mengambil masa terlalu lama” kata jurulatih Dortmund, Edin Terzic, memberitahu Sky.”Kami mempunyai sedikit nasib, tetapi kami bekerja keras untuk itu,” tambahnya.

    Kini Dormund berada tiga mata di depan RB Leipzig dan berjaya kembali ke tempat keempat dalam liga dan menjadikan persaingan ke liga Juara-juara lebih sengit.

    Sebelum itu, Leverkusen ketinggalan 1-0 di tempat sendiri menjelang lima minit terakhir permainan, tetapi seperti apa yang mereka kerap lakukan musim ini, Leverkusen bangkit pada lewat permainan apabila Andrich menyamakan kedudukan pada minit ke-88 sebelum sepakan voli Schick pada masa kecederaan mencipta satu lagi kemenangan yang menakjubkan.

    “Saya sentiasa optimis,” kata Alonso kepada pemberita. Kami mempunyai mentaliti pemenang, yang mana kami telah binanya untuk diri kami sendiri pada musim ini,” ujarnya lagi.

    “Kami terus berjuang dan terus percaya sehingga ke penghujungnya,” kata penjaring gol Leverkusen, Andrich kepada Sky. “Saya yakin kami akan menjaringkan sekurang-kurangnya satu hari ini. Saya tahu akhirnya salah satu percubaan kami pasti masuk ke gawang,” tambahnya lagi.- AFP

    Aksi Thomas Mueller (kiri) semasa perlawanan bola sepak antara Bayern Munich menentang BVB Borussia Dortmund dalam liga Bundesliga di Munich, Jerman, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda