Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern nafi Tuchel sebagai pengganti Xavi

    BERLIN, 30 JAN – Bayern Munich kelmarin terpaksa menafikan, jurulatih mereka Thomas Tuchel telah bercakap mengenai tugas jurulatih Barcelona yang Xavi Hernandez kosongkan pada penghujung musim.

    Pengumuman Xavi pada Ahad lalu bahawa dia akan meninggalkan Barcelona pada akhir musim telah mencetuskan spekulasi mengenai calon penggantinya.

    Pada acara kelab peminat Bayern pada Ahad lalu, bekas pengurus Chelsea, Tuchel, berkata bekerja ‘di luar negara akan menarik minat saya lagi’ pada satu ketika dalam kariernya.

    Tuchel kemudian bercakap secara umum mengenai La Liga Sepanyol dan menurut beberapa laporan, dia juga bercakap tentang kemungkinan bekerja di Barcelona.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen dan pengarah sukan, Christoph Freund, walaupun mengeluarkan kenyataan untuk menegaskan Tuchel ‘tidak pernah bercakap mengenai Xavi Hernandez dan penggantinya, seperti yang didakwa secara palsu selepas itu.’

    Bayern menambah, “Kami tidak akan lagi menerima kenyataan bukan fakta yang ditujukan terhadap jurulatih kami.”

    Sementara pengurus Arsenal dari Sepanyol, Mikel Arteta, kelmarin menyelar laporan dia bersedia untuk meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu untuk mengambil alih di Barcelona sebagai ‘berita palsu.’ – AFP

    Tuchel menyaksikan semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman antara Bayern Munich dan Union Berlin di Allianz Arena di Munich, Jerman, pada 24 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda