Selasa, Julai 29, 2025
33 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern setuju tandatangani Diaz

    LONDON, 28 JULAI – Juara Jerman, Bayern Munich telah bersetuju untuk menandatangani sayap Liverpool, Luis Diaz, dalam perjanjian bernilai £65.5 juta, menurut beberapa laporan kelmarin.

    Bayern sebelum ini membuat tawaran awal sebanyak £59 juta yang ditolak oleh juara Liga Perdana Inggeris itu minggu lalu, tetapi bidaan mereka yang dipertingkatkan kini dilihat mampu membawa pemain antarabangsa Colombia itu ke Allianz Arena.

    Diaz dikhabarkan telah diberikan kebenaran untuk meninggalkan jelajah pra-musim Liverpool di Asia bagi melengkapkan pemeriksaan perubatan bersama Bayern.

    Dia menyertai Liverpool dari Porto pada Januari 2022 dan memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA serta Piala Liga sepanjang tempoh di Anfield.

    Pemain berusia 28 tahun itu membuat 50 penampilan dan menjaringkan 17 gol dalam semua kejohanan musim lalu ketika pasukan kendalian Arne Slot meraih gelaran Liga Inggeris buat pertama kali dalam tempoh lima tahun. – AFP

    Luis Diaz meraikan selepas menjaringkan gol pertama pasukannya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 Zon Amerika Selatan antara Argentina dan Colombia di Stadium Mas Monumental, Buenos Aires, pada 10 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda