Bayern tanpa Mueller dan Lewandowski

BERLIN, 12 JUN – Bayern Munich bakal meraih gelaran Bundesliga kelapan mereka berturut-turut pada hujung minggu ini menentang Borussia Moenchengladbach tetapi mereka akan beraksi tanpa Thomas Mueller dan Robert Lewandowski Sabtu ini.

Bayern akan disahkan juara dengan kemenangan esok jika Borussia Dortmund yang berada di tempat kedua kalah di Fortuna Duesseldorf yang sedang bergelut di zon penyingkiran.

Senario itu akan memberi kelebihan kepada Hansi Flick dengan mendahului 10 mata dan hanya berbaki tiga perlawanan sahaja lagi.

Tetapi Bayern bakal beraksi tanpa Lewandowski, yang merupakan penjaring terbanyak liga musim ini dengan 30 gol dan Mueller, yang merupakan pemegang rekod Bundesliga dengan 21 assist dalam musim ini. “Ini menjengkelkan, tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa,” kata jurulatih Bayern, Flick.

Thiago Alcantara kemungkinan akan menggantikan Mueller, sementara pemain sayap Serge Gnabry dapat mengambil tempat Lewandowski di depan jika dia cergas setelah mengalami kecederaan belakang. – AFP

Aksi Robert Lewandowski (kiri) dan pemain pertahanan Frankfurt, David Abraham bersaing merebut bola semasa perlawanan separuh akhir Piala Jerman (DFB Pokal) FC antara Bayern Munich dan Eintracht Frankfurt di Munich, Jerman pada 10 Jun 2020. – AFP