Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern tebus kembali kekalahan di Berlin

    BERLIN, 31 OKT – Robert Lewandowski menjaringkan dua gol ketika Bayern Munich memberi tindak balas terhadap kekalahan Piala Jerman pada pertengahan minggu dengan kemenangan 5-2 ke atas Union Berlin kelmarin untuk kekal di puncak Bundesliga.

    Tiga hari selepas dibelasah 5-0 di Moenchengladbach pada pusingan kedua piala, Bayern bangkit dengan dua gol pantas ketika Lewandowski menyempurnakan sepakan penalti awal perlawanan, kemudian menjaringkan gol melalui sepakan percuma.

    “Memang menjengkelkan kami ke-tinggalan dua gol, tetapi kami gembira dapat menunjukkan tindak balas,” kata kapten Bayern, Manuel Neuer.

    Pasukan gergasi Bavaria itu menamatkan rekod Union dalam 21 perlawanan liga tanpa kalah di gelanggang sendiri apabila Leroy Sane, Kingsley Coman dan Thomas Meuller turut menjaringkan gol, manakala Julian Ryerson dan Niko Giesselmann menjaringkan gol untuk Union.

    Lewandowski telah menjaringkan 12 gol dalam 10 perlawanan Bundesliga musim ini setelah menjaringkan rekod 41 gol pada 2020/21. – AFP

    Aksi penyerang Bayern Munich, membuat percubaan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak divisyen pertama Bundesliga menentang Union FC di Berlin kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda