Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern terpaksa ‘rehatkan’ Coman

    BERLIN, 27 Feb – Pemain Bayern Munich Kingsley Coman telah menjalani pembedahan buku lali dan dijangka tidak akan turun padang selama beberapa minggu, sebagaimana yang disahkan oleh pendahulu Bundesliga itu semalam.

    Pemain antarabangsa dari Perancis itu mengalami buku lali kiri terkoyak ketika aksi menentang Hertha Berlin di gelanggang sendiri setelah terikat seri tanpa jaringan.

    Bayern mengatakan Coman tidak akan beraksi buat beberapa minggu.

    Namun, akhbar harian sukan Perancis, L’Equipe mendakwa dia mungkin tidak akan bermain sekurang-kurangnya selama dua bulan, malah bakal terlepas peluang bermain di Piala Dunia Jun nanti di Rusia.

    Coman, pemain gantian pada separuh masa menentang Hertha, terpaksa bertahan di padang selepas mengalami kecederaan akibat bersaing dengan Mathew Leckie memandangkan Bayern sudah pun membuat tiga pertukaran.

    Kecederaan Coman bermakna Bayern sekarang memiliki tiga pemain sayap iaitu Thomas Mueller, Arjen Robben dan Franck Ribery.

    Robben dan Ribery, masing-masing berusia 34 tahun, bakal menamatkan kontraknya pada penghujung musim ini dan masih belum ditawarkan kontrak lanjutan oleh kelab gergasi dari Jerman itu.

    Bayern kini semakin hampir dengan suku akhir Liga Juara-Juara selepas menumpaskan Besiktas 5-0 pada perlawanan pertama 16 pasukan terakhir di Munich Selasa lalu, di mana Coman turut mencatatkan nama selaku penjaring. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda