Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern tersingkir pada pusingan kedua

    DORTMUND, 2 NOV – Bayern Munich tersingkir daripada Piala Jerman pada pusingan kedua buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas tewas dengan keputusan 2-1 kepada pasukan Saarbruecken di peringkat kedua semalam hasil jaringan penyudah pada minit akhir daripada Marcel Gaus.

    Dengan kedudukan terikat 1-1 dan perlawanan kelihatan menuju ke masa tambahan, pertahanan Gaus berjaya menjaringkan gol kemenangan, menjadikannya satu kenangan yang indah untuk pasukan Saarbruecken.

    Bayern ditewaskan oleh Holstein Kiel menerusi sepakan penalti pada peringkat yang sama tiga tahun lalu, kemudian dibelasah dengan jaringan 5-0 oleh Borussia Moenchengladbach pada pusingan kedua pada 2021.

    Malah, musim lalu, pasukan itu tewas di peringkat separuh akhir kepada pasukan Freiburg di laman sendiri.

    Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel, berkata, “Mungkin terdapat 100 penjelasan atau mungkin tiada penjelasan sama sekali. Kami menghadapi kecederaan tetapi ada pihak yang akan berkata bahawa kami sepatutnya menang dalam perlawanan ini.”

    Sementara itu, jurulatih Ruediger Ziehl berkata dia telah memberitahu pemainnya sesi latihan hari ini kini adalah secara ‘sukarela’. – AFP

    Para Pemain Saarbruecken meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan pusingan kedua Piala Jerman (DFB Pokal) 1 di stadium Ludwigspark di Saarbruecken, barat daya Jerman, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda