BERLIN, 27 Ogos – Jaringan-jaringan lewat dalam masa yang singkat menerusi Robert Lewandowski memastikan juara Bundesliga, Bayern Munich mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut mereka dengan kemenangan 2-0 di Werder Bremen semalam. Kemenangan terakhir Bremen ke atas Bayern adalah pada 2006, tetapi pasukan tuan rumah mengekang pasukan lawan yang dipenuhi pemain bintang sehingga minit ke-72 apabila Lewandowski menjaringkan gol pertama.
Pemain Poland itu kemudian menyudahkan hantaran lintang Kingsley Coman ke jaring sebelum menggandakan jaringan dengan menjaringkan gol melewati antara dua kaki pemain pertahanan, Robert Bauer dan penjaga gol Bremen, Jiri Pavlenka pada minit ke-75.
Larian umpan Thomas Mueller berjaya membuka pertahanan Bremen bagi Lewandowski, yang meraih gol ketiga dalam dua perlawanan liga.
“Dia pasti pemain penyerang terbaik dalam Bundesliga dan salah seorang terbaik dunia,” jelas pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic.
Lewandowski menambah: “Werder beraksi dengan defensif yang menyukarkan keadaan dan tidak banyak ruang bagi kami. Kami perlu bersabar dan mendapatkan peluang kami.”
Terdapat lebih banyak berita baik bagi Bayern ketika penjaga gol Jerman, Manuel Neuer membuat kemunculan pertamanya musim ini selepas mengalami keretakan kaki.
Sementara itu, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol kemenangan Borussia Dortmund 2-0 di gelangang sendiri menentang Hertha Berlin untuk meneruskan persaingannya dengan Lewandowski menjadi penjaring terbanyak Jerman.
Aubameyang menjaringkan gol selepas minit ke-15 dari hantaran lintang Nuri Sahin sebelum pemain tengah Turki itu, menjaringkan gol kedua Dortmund apabila menyudahkan jaringan dari luar kotak penalti.
Pemain penyerang Gabon, Aubameyang sekarang menjaringkan gol dalam setiap lapan perlawanan lalunya yang merujuk kembali musim lalu.
Kemenangan di gelanggang sendiri itu meletakkan Dortmund di tangga teratas dengan perbezaan jaringan di depan Bayern. – AFP