Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern tidak akan sertai Liga Super Eropah – Dreesen

    BERLIN, 22 DIS – Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Jan-Christian Dreesen berkata kelmarin, Liga Super Eropah akan menjadi ‘ancaman terhadap kepentingan liga kebangsaan’, sementara mengesahkan pintu ke Liga Super kekal tertutup di Bayern.

    Dreesen memberikan respons terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Eropah kelmarin bahawa UEFA melanggar undang-undang EU dalam menyekat saingan itu.

    Bayern bukan salah satu daripada 12 kelab yang mula-mula mendaftar dalam Liga Super pada 2021, mengatakan mereka menolak idea itu.

    “Kami telah mengambil perhatian terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Eropah,” kata Dreesen.

    “Bagaimanapun, ini tidak mengubah sikap FC Bayern dan sikap Persatuan Kelab Eropah bahawa pertandingan seperti itu akan mewakili ancaman terhadap kepentingan liga kebangsaan dan keseimbangan bola sepak Eropah,” tambahnya.

    Penyokong Chelsea membantah di luar stadium Stamford Bridge di London, menentang keputusan Chelsea ketika itu untuk dimasukkan dalam kalangan kelab yang cuba membentuk Liga Super Eropah baharu pada 20 April 2021. – AP

    Juara Eropah enam kali, Bayern secara konsisten menyatakan tentangan mereka terhadap sebarang rancangan pemisahan dari liga.

    “Bundesliga membentuk asas FC Bayern, sama seperti semua liga kebangsaan membentuk asas kelab bola sepak Eropah,” ulas kenyataan Dreesen lebih lanjut.

    “Oleh itu, menjadi tugas dan keyakinan kami untuk memperkukuhkan mereka, bukan melemahkannya.

    “Kami juga menyokong pertan-dingan kelab Eropah di bawah naungan UEFA. Jadi sekali lagi ia sangat jelas, pintu untuk perlawanan Liga Super di FC Bayern tetap tertutup,” tambahnya.

    Kelab-kelab Jerman, tidak seperti dalam liga utama Eropah yang lain, mesti mematuhi peraturan yang dikenali sebagai 50+1, yang mewajibkan kawalan oleh ahli terhadap operasi kelab. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda